Hari ini, sekali lagi sejarah lama berulang kembali.
Ujian demi ujian.
Cabaran demi cabaran.
Memang sudah sunnah pejuang itu merasai nikmat diuji.
Ujian adalah nikmat kerana ia pengangkat darjat. Shaykhul Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullahu Ta'ala 'Anh pernah berkata kepada anak muridnya, Ibn Qayyim Al-Jawziyyah:
ما يصنع أعدائي بي ؟ أنا جنتي وبستاني في صدري إن رحت فهي معي لا تفارقني إن حبسي خلوة وقتلي شهادة وإخراجي من بلدي سياحة
Maksudnya:"Apa yang boleh dilakukan musuh-musuhku terhadapku? Syurgaku dan tamanku berada dalam dadaku, kemana sahaja aku pergi (ia) akan selalu bersamaku dan tidak pernah berpisah denganku, jika mereka memenjarakan aku, maka itu adalah masa penyepianku (bersama Allah), jika mereka membunuhku, maka itu adalah mati syahid, jika mereka mengusirku dari negeriku, maka itu adalah waktu untuk aku melancong."
[Al-Wabil Al-Soyyib, 1/67]
Penghulu kita, Muhammad Sallallahu 'Alayhi Wasallam juga pernah bersabda:
Maksudnya: "Sungguh menakjubkan akan urusan orang mu'min. Semua urusan hidupnya diselubungi kebaikan dan hal ini tidak berlaku bagi seorang pun kecuali (ke atas) seorang mukmin. Jika dia mendapat kebaikan, dia bersyukur, itulah kebaikan baginya; manakala jika ditimpa musibah, dia bersabar, maka ia juga menjadi kebaikan baginya." [Hadith Sahih Riwayat Muslim, Ahmad, Ad-Darimi dan Ibnu Hibban]
Kamu! Wahai pendusta agama, saya doakan agar kamu diampunkan Allah akan segala dosa-dosamu. Moga Hidayah Allah tercampak ke dalam hatimu.
Dan satu perkara lagi, ambillah istifadah daripada sabda junjungan Sallallahu 'Alayhi Wasallam ini:
Maksudnya: "Takutilah kamu akan doa orang yang dizalimi, sesungguhnya tiada penghalang antara dirinya dan Allah (untuk diterima doanya)." [Hadith Sahih Riwayat Al-Bukhari]
Penjelasan lanjut, boleh sambung pembacaan di laman sahabat saya, Lobai Tampin.
Doakan agar diriku menjadi seperti mereka.
Berjuang hingga tertegaknya Manhaj Nabawi hingga ke titisan darah terakhir.
Sayyidina Umar bin Al-Khattab Radhiyallahu 'Anhu pernah berkata:
Maksudnya: "Kami (merujuk kepada masyarakat Arab ketika itu) adalah satu kaum yang Allah muliakan dengan ISLAM, maka apabila kami mencari kemuliaan selainnya, sudah pasti kami akan dihinakan Allah"
Syahnazrin Bin Hashim nama diberi. Penuntut tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Shariah (Ekonomi dan Perbankan Islam) di Yarmouk University, Jordan. Segala luahan dan artikel dalam blog ini boleh dinilai semula,jika perlu. Blog ini hanya blog peribadi dan tidak mewakili mana-mana kumpulan.
Penulis boleh dihubungi melalui nazrin.hashim@gmail.com
Agama Itu Nasihat
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,(yang mana) kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya, Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya"
(Hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam Malik dalam Al-Muwattho', di Hasan kan oleh Al-Albani)