Sebilangan besar manusia hidupnya tersekat hanya dengan pencapaian duniawi semata.
Sebahagian mereka meletakkan cita-cita untuk menjadi seorang jutawan sebelum hidupnya menemui penghujung. Sebahagian yang lain pula, mengganggap kehidupan di dunia ini hanya untuk mencari kepuasan diri, berdasarkan neraca kepuasan yang ditafsir sendiri.
Walau bagaimanapun, pada setiap zaman itu pasti akan muncul sekelompok manusia yang punya misi hidup yang jelas. Mereka arif bahawasanya hidup mereka bukan sekadar di dunia ini sahaja.
Tiada yang lebih mereka harapkan melainkan keredhaan sang pencipta yang hakiki, yakni Allah Ta’ala.
Lantaran itu, mereka bertungkus lumus mempersiapkan diri sebelum bertemu Tuhan dengan membawa kitab amalan masing-masing.
Sungguh mustahil jika seseorang yang mengaku mencintai Allah Ta’ala, tapi dibiarkan dirinya sepi dan kosong tanpa menyediakan bekalan amal yang mahu dibawa ketika menghadap Tuhan-Nya kelak.
Atas kesedaran itu, lahirnya manusia yang bangun untuk menyambut panji dakwah. Panji itu tidak terhenti dek perubahan zaman. Dari satu generasi ke satu generasi, mereka membawa mesej yang suci. Walaupun diri mereka teruji. Asalkan jiwa manusia itu terisi.
“ SAMPAIKAN DARIKU WALAU SATU AYAT ”
Seorang sahabat yang hebat, ‘Abdullah ibn ‘Amr ibn Al-‘As meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu ‘Alayhi Wasallam pernah bersabda:
Sebahagian mereka meletakkan cita-cita untuk menjadi seorang jutawan sebelum hidupnya menemui penghujung. Sebahagian yang lain pula, mengganggap kehidupan di dunia ini hanya untuk mencari kepuasan diri, berdasarkan neraca kepuasan yang ditafsir sendiri.
Walau bagaimanapun, pada setiap zaman itu pasti akan muncul sekelompok manusia yang punya misi hidup yang jelas. Mereka arif bahawasanya hidup mereka bukan sekadar di dunia ini sahaja.
Tiada yang lebih mereka harapkan melainkan keredhaan sang pencipta yang hakiki, yakni Allah Ta’ala.
Lantaran itu, mereka bertungkus lumus mempersiapkan diri sebelum bertemu Tuhan dengan membawa kitab amalan masing-masing.
Sungguh mustahil jika seseorang yang mengaku mencintai Allah Ta’ala, tapi dibiarkan dirinya sepi dan kosong tanpa menyediakan bekalan amal yang mahu dibawa ketika menghadap Tuhan-Nya kelak.
Atas kesedaran itu, lahirnya manusia yang bangun untuk menyambut panji dakwah. Panji itu tidak terhenti dek perubahan zaman. Dari satu generasi ke satu generasi, mereka membawa mesej yang suci. Walaupun diri mereka teruji. Asalkan jiwa manusia itu terisi.
“ SAMPAIKAN DARIKU WALAU SATU AYAT ”
Seorang sahabat yang hebat, ‘Abdullah ibn ‘Amr ibn Al-‘As meriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu ‘Alayhi Wasallam pernah bersabda:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً وَحَدِّثُوا عَنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَلَا حَرَجَ وَمَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
“ Sampaikan dariku walaupun hanya satu ayat, dan tidak mengapa untuk menceritakan riwayat dari Bani Isra’il, dan barang siapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka sesungguhnya dia menyiapkan tempatnya di dalam Neraka. ”
[Hadith Sahih Riwayat Al-Bukhari,no. 3461]
Setiap manusia yang jiwanya mengalir ‘kalimah dakwah’, seringkali akan berhujah dengan hadith tersebut.
Benar.
Islam itu tidak tersebar hanya di tangan para Nabi dan orang-orang Agama sahaja. Islam boleh disebarkan oleh sesiapa sahaja. Hatta oleh golongan manusia ‘non-muslim’ yang belum menerima hidayah Allah Ta’ala dengan melafazkan dua kalimah syahadah.
Walaupun kita punya satu ayat, maka sebarkanlah ia kepada orang lain. Itu juga boleh menjadi saham untuk kita di hari kemudian. Ia juga berupaya merubah diri menjadi lebih baik.
Teorinya mudah.
Kita tidak perlu menunggu untuk menjadi sesempurna Rasulullah Sallallahu ‘Alayhi Wasallam, barulah kita mahu mengajak orang lain ke arah kemurnian Islam.
Kita juga tidak perlu menanti akan segulung ‘Ph.D’, barulah kita bersemangat untuk mengajak adik beradik dan jiran tetangga ke arah kebaikan.
Jika kecukupan ilmu adalah syaratnya untuk berdakwah, bukankah kerana tidak cukup ilmu itulah, ALLAH perintahkan Musa untuk mencari Khidir?
Jika kepetahan adalah kriteria kelayakannya untuk berdakwah, apakah Nabi ALLAH Musa layak berdakwah, sedang ia sendiri memohon kepada ALLAH dengan doa agar diberi kefasihan lidah serta dilantiknya Harun sebagai pembantu, yang lebih petah berbanding dirinya?
Namun, kerana soalnya dakwah ialah “memberi”, maka Musalah yang terpilih untuk menyampaikan dakwah, bukan Khidir, kepada “mad’u (objek dakwah) yang paling sulit sekali”: Firaun!
Seorang ulama’ terdahulu pernah berkata, “Jangan sekali-kali kalian berkata, “Aku tidak akan berdakwah sehingga keimananku benar-benar sempurna.” Sesungguhnya orang itu akan dihadapkan kepadanya dua pilihan. Mungkin suatu hari nanti dia akan berkata, “Imanku telah sempurna.” Ketahuilah bahawa dengan berkata seperti itu, sesungguhnya dia telah atau akan menemui ajalnya, sedangkan imannya belum juga sempurna.”
Lalu, apa yang harus kita lakukan?
Berdakwahlah dengan keimanan yang ada, walaupun tidak setaraf iman Abu Bakr Radhiyallahu ‘Anh. Ianya merupakan bekalan yang bakal kita bawa di akhirat kelak. Dakwah kita, walaupun sedikit, sudah tentu akan dipandang dan dikira oleh Allah Ta’ala, sekalipun tidak diiktiraf oleh manusia.
BUKAN SEKADAR SATU AYAT
Apabila seorang teman berkata kepada temannya yang lain, “Jemputlah datang ke rumahku, walaupun sekali.”
Daripada ucapan seperti itu, dengan mudah kita dapat fahami bahawa tujuan ajakan itu bukanlah untuk menetapkan bahawa anda boleh datang ke rumahnya hanya sekali. Yang dimaksudkan adalah supaya anda sudi untuk datang ke rumahnya.
Begitu juga dengan hadith yang disebutkan tadi. “Sampaikan dariku walau satu ayat” itu, tidak bermakna Nabi Sallallahu ‘Alayhi Wasallam mengisbatkan kepada umatnya untuk berdakwah hanya dengan satu ayat.
Islam itu sendiri merupakan agama yang tertegak atas dasar ilmu. Justeru itu, umat Islam sepatutnya menjadi umat yang paling berilmu berbanding orang-orang bukan Islam.
Adakah ilmu itu hanya terkandung hanya dengan satu ayat? Sudah tentu tidak.
Banyak perkara didalam Islam ini tidak dapat difahami dengan sempurna, sekiranya kita hanya berpegang dengan satu ayat sahaja. Bahkan, barangkali pemahaman kita boleh menjadi satu kesilapan, yang bertindak sebagai ‘domino’, justeru mengakibatkan kesilapan lain yang lebih besar keburukannya.
Kita seharusnya mengambil ‘ibrah daripada pengalaman orang terdahulu. Direkodkan oleh Abu Daud dengan sanad yang Hasan, bahawasanya Jabir bin Abdillah meriwayatkan:
“ Kami mengadakan satu perjalanan. Salah seorang di antara kami ada yang kepalanya tertimpa batu. Lalu, kepala orang itu berbalut kain. Di saat tidur, orang itu bermimpi bersetubuh. Ia bertanya kepada para sahabatnya. “Apakah ada keringanan untuk aku diperbolehkan untuk tayamum?” Mereka menjawab, “Tidak boleh. Kerana engkau mampu menggunakan air.” Maka, dia pun mandi. Akibatnya, dia meninggal dunia kerana lukanya terkena air. Ketika menemui Nabi Shallallahu Alaihi Wasallam, kami sampaikan berita itu kepada beliau. Saat mendengar berita tersebut, Baginda berkata, “Orang itu dibunuh oleh sahabat-sahabatnya. Nescaya Allah akan membunuh (membalas) mereka. Kenapa mereka tidak bertanya, jika tidak tahu? Sesungguhnya ubat kebodohan adalah bertanya. Padahal, orang itu boleh bertayammun dan membalut lukanya dengan kain. Ia cukup mengusap lukanya itu dan membasuh anggota badan lainya.”
Dalam kejadian yang berbeza, seorang pelajar universiti, ketika membaca ayat berkenaan halangan untuk meminum arak sebelum solat, menyimpulkan bahawa yang dilarang untuk meminum arak itu hanya pada waktu sebelum solat. Selain waktu solat itu tidak mengapa!
Terbaru, 'Sudin Ajaib', seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai ahli jemaah Tabligh, telah menimbulkan polemik dalam masyarakat apabila menikahkan anak perempuannya yang berumur 10 tahun dengan ahli jemaah yang lain, atas dakwaan ingin mengikut sunnah Nabi ketika mengahwini Sayyidatina 'A'isyah. Inilah akibatnya apabila semangat dakwah mendahului ilmu. Saya pasti bahawa kes seperti ini tidak mencerminkan imej sebenar ahli jemaah Tabligh yang lain.
Malang sekali, apabila wujud segelintir orang Islam (baca: pendakwah) pada hari ini, yang tersilap dalam memahami sabda Baginda tersebut. Mereka merasakan bahawa dengan beberapa ilmu agama yang ada pada mereka sudah memadai. Bertambah malang lagi apabila sabda Baginda tadi dijadikan hujah agar selaras dengan pemahaman mereka yang tersilap itu.
Maka, sebagai pendakwah, kita tidak boleh bersikap malas untuk membaca dan mengkaji, dengan alasan terlalu sibuk berdakwah. Begitu juga sebaliknya. Sibuk mencari ilmu bukan alasan untuk tidak berdakwah. Kita tidak seharusnya kekal dalam zon selesa, apatah lagi bagi pelajar yang tergalas dibahunya amanah yang berat untuk mempelajari ilmu agama. Ilmu agama bukan untuk orang yang malas membaca.
Apa guna sekiranya dakwah yang dilakukan itu bukan atas dasar ilmu. Tidak semua perkara yang dipandang baik oleh diri kita, baik juga disisi Islam. Dan untuk mengetahui apa yang baik disisi Islam itu perlu kepada menuntut ilmu dan membaca.
Dakwah Islam itu berasaskan wahyu Allah Ta’ala. Adakah patut untuk kita memperkatakan sesuatu tentang Allah Ta’ala, sedangkan kita sendiri tiada pengetahuan tentangnya? Bukankah Allah Ta’ala pernah berfirman :
Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diturunkan bukti untuk itu dan memperkatakan sesuatu tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui".
[Surah Al-A’raaf: 33]
TANGGUNG JAWAB DI HADAPAN ALLAH
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
[Surah Al-Isra’: 36]
Setiap manusia, tidak kira samada dirinya seorang guru, pelajar, agamawan, doktor, pasti akan bertemu dengan penghujung hayatnya. Segala yang kita lakukan di dunia ini, akan kita jawab di hadapan Allah Ta’ala kelak.
Kita tiada pilihan lain melainkan dengan menyampaikan tinta kebenaran. Kebenaran dan semangat dakwah itu juga punya hubungkait yang selari dengan ilmu. Janganlah kamu biarkan kitab-kitab itu berdebu dan menjadi sarang anai-anai, wahai si pendakwah!



0 IDEA:
Post a Comment