07 March 2010

Maslahah : Posisinya Dalam Ekonomi Islam


http://www.emmettidaho.com/files/u4/Clipart_Work_Together_Idea.jpg 

PENGENALAN TERHADAP EKONOMI ISLAM

Islam adalah sebuah agama yang bersifat komprehensif, yang mengatur seluruh kehidupan insan, baik daripada sudut Aqidah, Ibadah, Akhlak mahupun Muamalah. Antara ilmu yang tidak kurang pentingnya dalam Islam ialah ilmu Ekonomi Islam, atau dalam Bahasa Arabnya disebut sebagai Iqtisod Islami. Hampir ribuan Ulama’ Islam telah mengarang pelbagai kitab yang menyentuh soal yang berkaitan dengan Muamalah umumnya, dan Ekonomi Islam khususnya.
 
Para Ulama’ dan Sarjana Islam bahkan tidak pernah mengambil sikap tidak peduli terhadap kepentingan ilmu ini. Boleh dikatakan, hampir seluruh kitab-kitab Fiqh mahupun Hadith, pasti ada sekurang-kurangnya satu bab yang berkaitan dengan soal Muamalah. Antara kitab yang membahaskan secara khusus tentang ilmu ini adalah seperti Al-Kharaj karangan Imam Abu Yusuf, Al-Amwal oleh Abu ‘Ubaid Al-Qasim, Al-Iktisab oleh Imam Muhammad Asy-Syaibaani, Al-Hisbah oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, dan termasuklah kitab-kitab seperti Muqaddimah oleh Imam Ibnu Khaldun, disamping Al-Mustasfa dan Ihya’ Ulumiddin oleh Hujjatul Islam Al-Ghazzali Rahimahumullah.

PENDEFINISIAN MASLAHAH
 

Antara tujuan dan kandungan utama dalam Syariah Islam ialah Maslahah itu sendiri. Bahkan para Ulama’ seperti Imam Al-Ghazzali, Asy-Syathibi dan lain-lain, telah merumuskan bahawa tujuan Syariah Islam itu sendiri adalah mewujudkan dan memelihara kemaslahatan, disamping menolak kefasadan. Dengan itu jelas akan kepentingan soal Maslahah dalam agama Islam itu sendiri.

Maslahah itu sendiri, secara umumnya dapat ditakrifkan sebagai kebaikan dan kesejahteraan. Walau bagaimanapun, para ahli Usul Fiqh mendefinisikan Maslahah itu merangkumi segala perkara yang mengandungi manfaat, kegunaan dan kebaikan, disamping menjauhi mudharat, kerosakan dan kefasadan. Imam Al-Ghazzali pula, dalam kitabnya Al-Mustasfa, mengatakan,
 
نعني بالمصلحة : المحافظة على مقصود الشرع ومقصود الشرع من الخلق خمسة وهو أن يحفظ عليهم دينهم ونفسهم وعقلهم ونسلهم ومالهم فكل ما يتضمن حفظ هذه الأصول الخمسة فهو مصلحة وكل ما يفوت هذه الأصول فهو مفسدة ودفعها مصلحة 

“Kami maksudkan dengan Maslahah itu ialah menjaga akan tujuan atau maksud syara’, dan maksud syara’ daripada penciptaan itu ada lima perkara. Yakni, hendaklah memelihara ke atas mereka (daripada segi) agama, diri, akal, keturunan dan harta mereka. Jadi, setiap perkara yang mengandungi perlindungan terhadap lima perkara tersebut, maka ianya adalah Maslahah, manakala segala perkara yang terkeluar daripada lima perkara  tersebut, maka ianya adalah Mafsadah, dan menolak kemaslahatan.”
[Al-Ghazzali, Al-Mustasfa, 2/482]

KEDUDUKAN MASLAHAH DALAM EKONOMI ISLAM
 
Aspek Maslahah ini terkandung dalam setiap sisi ajaran Islam, samada dalam perkara Ibadah mahupun Muamalah. Walau bagaimanapun, ruang yang diberikan kepada manusia untuk menguruskannya, lebih luas dalam perkara yang berkaitan dengan soal Muamalah. Ianya sebagaimana dalam soal berijtihad. Ruang untuk para Ulama’ berijtihad dalam perkara Muamalah, lebih luas dan bebas berbanding dalam perkara-perkara yang sudah tetap dan qat’ie seperti dalam urusan Ibadah, yang semestinya tidak memerlukan sebarang daya kreativiti dalam menokok tambah ajaran agama.
 
Justeru itu, ruang lingkup yang luas itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya disamping mewujudkan ciptaan dan inovasi yang baru bagi membangunkan serta memantapkan urusan Ekonomi umat Islam itu sendiri. Oleh sebab terhadnya nas-nas dan dalil-dalil yang berkaitan dengan dasar-dasar ekonomi yang teknikal, jadi ianya membuka ruang dan peluang yang sangat besar dan menarik dalam usaha untuk mengembangkan ijtihad dalam mencapai prinsip Maslahah.
 
Hakikatnya, soal kemaslahatan dalam perkara Muamalah dapat diterokai oleh akal dan pemikiran manusia itu sendiri melalui ijtihad-ijtihad yang tercipta. Sebagai contoh, akal manusia itu secara fitrahnya pasti dapat memahami bahawa penipuan dalam hal ehwal jual beli itu merupakan suatu perilaku yang sangat tercela. Oleh sebab itu para ahli falsafah Yunani (Greece) dahulu kala yang tidak beriman itu pun mampu meyakini dengan akal pemikiran mereka bahawa perbuatan seperti riba adalah perbuatan yang tidak bermoral dan ianya harus dijauhi.
 
SIGNIFIKAN MASLAHAH DALAM EKONOMI ISLAM

Polisi dan dasar Ekonomi Islam tidak tertegak tanpa wujudnya ijtihad-ijtihad dalam menuju Maslahah. Maslahah itu sendiri merupakan salah satu pendekatan dalam berijtihad, yang seterusnya menjadikan ianya sangat penting dalam memperkembangkan sistem Ekonomi Islam disamping menjadikan ianya bergerak seirang dengan kemajuan dan kepesatan sains dan teknologi. Bahkan, Maslahah itu adalah merupakan satu tujuan yang ingin diwujudkan oleh syariat. Ianya bertujuan dalam menghadapi dan menangani hal-hal berkaitan sosial, politik, dan ekonomi. Para Ulama’ juga pernah menyebut:

حيثما وجدت المصلحة فثم شرع الله

“ Ketikamana wujudnya Maslahah, maka di situlah syariat Allah ”
[Muhammad Al-Amin Al-Shinqithy, Al-Masalih Al-Mursalah, ms. 4]

Maslahah itu juga perlu dikawal dan bersesuai dengan kehendak syara’, bukan semata-mata menuruti hawa nafsu dalam menginginkan keuntungan, sebagaimana yang berlaku dalam sistem Ekonomi Konvensional.
 
Sebagai perbandingan, ruang untuk manusia berfikir tentang kemaslahatan dalam perkara Ibadah adalah sangat terhad, jika ingin dibanding dengan perkaran Muamalah. Ianya memang dijadikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala sebagai satu rahsia kepada makhluknya. Misalan, secerdik dan sepintar mana pun manusia, pasti akal fikirannya tidak mampu untuk memikirkan secara persis akan Maslahah dan hikmah dalam bilangan rakaat dalam solat-solat tertentu, galakan untuk mencium Hajar Aswad dan begitu juga kewajipan berwudhu’ setelah memakan daging unta. Segala Maslahah dan hikmah dalam perkara Ibadah tidak dapat ditemui melainkan dengan panduan nas-nas daripada Al-Quran dan Hadith Sahih.
 
Walau bagaimanapun, keadaan sebegitu tidak berlaku dalam perkara Muamalah. Sememangnya Allah Ta’ala telah mengurniakan kepada manusia kemampuan dalam mencari hikmah dan Maslahah dalam perkara Muamalah. Justeru itu, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah memilih untuk membenarkan campur tangan pemerintah dalam menetapkan harga pasaran, sedangkan Nabi Sallallahu ‘Alayhi Wasallam sendiri tidak berbuat sedemikian pada zaman Baginda.

Muamalah itu sendiri merupakan satu aturan syariah yang berkaitan dalam soal hubungan sesama manusia. Allah Ta’ala memberikan ruang yang luas kepada manusia dalam berhubungan sesama mereka, asalkan bertepatan dengan landasan syara’. Sesungguhnya asal hukum bagi perkara-perkara Muamalah adalah Mubah (harus), sehinggalah wujudnya dalil-dalil yang melarang. Ianya menunjukkan agar manusia sentiasa memerhatikan Muamalah itu dalam kaca mata Maslahah dan tidak hanya sekadar bergantung pada teks nas semata-mata, kerana ketentuan Muamalah itu adakalanya berubah dengan kesesuaian Maslahah yang wujud dalam sesuatu masa.

Sebagai contoh, pendapat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah tadi jika dinilai secara tekstual, kelihatan bercanggah dengan perbuatan Nabi Sallallahu ‘Alayhi Wasallam yang tidak mahu menetapkan harga di Madinah ketika itu. Namun, kerana pertimbangan Maslahah yang dilakukan oleh Ibnu Taimiyah Rahimahullah, sesuai dengan perbezaan zaman, maka beliau memahami hadith Nabi Sallallahu ‘Alayhi Wasallam itu secara kontekstual berdasarkan pertimbangan Maslahah.

Begitu juga dengan wujudnya pelbagai institusi kewangan Islam pada zaman global ini yang semuanya bergantung kepada kewujudan Maslahah. Inovasi Zakat yang produktif juga didasarkan kepada Maslahah. Begitu juga dengan aktiviti-aktiviti perbankan Islam yang lain. Jika padanya ada Maslahah, maka hal itu dibenarkan dan dipersetujui oleh Syariah. Sebaliknya jika padanya ada sebarang kemudaratan dan kefasadan seperti Riba, Gharar (ketidaktentuan) dan sebagainya, maka hal itu sudah tentu tidak dibenarkan oleh Syariah. Demikian pula dalam membicarakan perilaku penggunaan sesuatu material untuk mendapatkan manfaat dan kepuasan (Utility). Dalam Ekonomi Konvensional, tujuan penggunaan (consumption) adalah untuk memaksimakan kepuasan semata-mata, sedangkan dalam Ekonomi Islam adalah untuk memaksimakan Maslahah. Utility yang mereka inginkan merupakan konsep dimana kepuasannya bersifat material dan keduniaan belaka, sedangkan Maslahah itu sendiri adalah Utility yang mengandungi unsur-unsur ukhrawi dan rohani.

PENUTUP
 
Sebagai kesimpulan, Maslahah merupakan konsep yang sangat vital dalam pembangunan Ekonomi Islam. Ianya terlihat dengan usaha para Ulama’ sepanjang zaman yang sentiasa menempatkan Maslahah sebagai prinsip utama dalam Syariah, justeru kerana Maslahah adalah tujuan daripada pensyariatan Islam, yang juga disebut sebagai Maqasid Syariah. Justeru ianya perlu difahami oleh masyarakat Islam khususnya para pelajar jurusan Ekonomi dan Perbankan Islam bagi mengerah tenaga untuk membantu membangunkan ekonomi umat Islam itu sendiri.

* Artikel ini merupakan antara kertas kerja sisipan bagi program Seminar Kewangan Islam 2010 di Universiti Yarmouk bersama Dr. Mohd Daud Bakar, Ustaz Ahmad Sufyan Che Abdullah dan Ustaz Mahadi Mohammad.

8 IDEA:

Anonymous said...

http://muslimvillage.wordpress.com/2009/07/05/usury/

fatin said...

salamun'alaik.. sy sgt bmnat nk smbung dlm jurusan ekonomi islam.. dh bnyk page sy bkak tp still xdpt cri syarat2 nk sambung blajar kt jordan.. hmm kna dpt twaran dlu ke cmn?

fatin said...

salamun'alaik.. sy sgt bmnat nk smbung dlm jurusan ekonomi islam.. dh bnyk page sy bkak tp still xdpt cri syarat2 nk sambung blajar kt jordan.. hmm kna dpt twaran dlu ke cmn?

fatin said...

salamun'alaik.. sy sgt bmnat nk smbung dlm jurusan ekonomi islam.. dh bnyk page sy bkak tp still xdpt cri syarat2 nk sambung blajar kt jordan.. hmm kna dpt twaran dlu ke cmn?

fatin said...

salamun'alaik.. sy sgt bmnat nk smbung dlm jurusan ekonomi islam.. dh bnyk page sy bkak tp still xdpt cri syarat2 nk sambung blajar kt jordan.. hmm kna dpt twaran dlu ke cmn?

fatin said...

salamun'alaik.. sy sgt bmnat nk smbung dlm jurusan ekonomi islam.. dh bnyk page sy bkak tp still xdpt cri syarat2 nk sambung blajar kt jordan.. hmm kna dpt twaran dlu ke cmn?

Syahnazrin Hashim said...

Wa'alaikumussalam warahmatullah. Untuk sambung belajar dalam bidang Ekonomi Islam di Jordan ada 3 cara.

1. Apply melalui JPA atau MARA, dengan keputusan SPM yang cemerlang.

2. Ambil twinning di Kolej IKIP. So, 2 tahun di Kolej IKIP, dan 2 tahun di Yarmouk University. Syarat yang IKIP letakkan agak sederhana, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar.

3. Terus sambung belajar ke sini sebagai pelajar persendirian, dengan mengisi borang KPT. Boleh dapatkan di laman web rasmi KPT. Cuma, kos hidup di sini agak mahal. Jika keluarga saudari berkemampuan atau boleh mohon zakat negeri, tiada masalah untuk sambung di sini.

Allahu A'lam.

Anonymous said...

salam..berapa anggaran kos untuk belajar di jordan selama 4 tahun??
terima kasih kerana membantu