Bagi umat Islam, segala bentuk keberkatan itu datangnya hanya daripada Allah Ta’ala. Antara bentuk keberkatan yang terdapat dalam Islam adalah keberkatan yang Allah Ta’ala berikan kepada sesuatu tempat seperti Bumi Haramayn, dan juga keberkatan pada sesuatu tempoh masa.
Salah satu diantara tempoh masa yang Allah Ta’ala memberikan jaminan akan keberkatannya ialah bulan Ramadhan. Allah Ta’ala sendiri telah memuliakan dan melebihkan bulan Ramadhan ini berbanding bulan-bulan lain, sehinggakan Allah Ta’ala memilih bulan ini untuk dilaksanakan salah satu rukun Islam, iaitu kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan.
KEKASIH PARA MU’MININ
Bulan Ramadhan ini - sesungguhnya - sangat dicintai dan dinanti-nantikan oleh orang-orang beriman. Masakan tidak, pada bulan inilah segala amalan kebaikan itu dilipatgandakan, dibukakan pintu-pintu syurga, dan juga ditutup rapi pintu-pintu neraka.
Para sahabat - redha Allah senantiasa bersama mereka – sendiri telah menyaksikan bagaimana sosok seorang lelaki mulia, Muhammad – sallallahu ‘alayhi wasallam – bersungguh-sungguh menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Baginda – sallallahu ‘alayhi wasallam – pernah bersabda kepada sekalian sahabatnya,
“Telah datang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, Allah mewajibkan kalian berpuasa padanya, pintu-pintu syurga dibuka pada bulan itu, pintu-pintu neraka ditutup, dan para syaitan dibelenggu. Pada bulan itu terdapat malam (kemuliaan/lailatul qadr) yang lebih baik dari seribu bulan, barangsiapa yang terhalangi (untuk mendapatkan) kebaikan malam itu maka sungguh dia telah dihalangi (dari keutamaan yang agung)” [Sahih: Hadith Riwayat Imam Ahmad, An-Nasa’i dan lain-lain]
Justeru, sangat tidak masuk akal bagi seseorang yang beriman itu tidak merasa gembira dengan dibukakan seluas-seluasnya pintu-pintu syurga. Begitu juga bagi orang-orang yang pernah jatuh ke lembah dosa, pasti mereka sangat merasa gembira akan ditutupnya pintu-pintu neraka itu serapat-rapatnya. Termasuklah juga bagi sekalian orang-orang yang memiliki akal yang sihat, mana mungkin mereka tidak bergembira ketika syaitan-syaitan itu dibelenggu.
Diriwayatkan bahawa Mu’alla bin al-Fadhl berkata, “Dulunya (para salaf) berdoa kepada Allah Ta’ala (selama) enam bulan agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadhan, kemudian mereka berdoa kepada-Nya (selama) enam bulan (berikutnya) agar Dia menerima (amal-amal saleh) yang mereka (kerjakan)” [Latha’if al-Ma’arif, Imam Ibnu Rajab]
Oleh itu, hendaklah kita mengambil teladan daripada kesungguhan para ulama’ terdahulu dalam menyambut dalam memanfaatkan keberkatan bulan Ramadhan tersebut. Moga-moga di akhirat kelak, kita akan beroleh kebahagiaan dan kegembiraan ketika bertemu Allah ‘Azza Wa Jall dengan membawa bekalan amal yang bakal diberikan ganjaran oleh Allah Ta’ala. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi Muhammad – sallallahu ‘alayhi wasallam - :
“Orang yang berpuasa akan merasakan dua kegembiraan (besar): kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika dia bertemu Allah.” [Sahih: Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]
Sebagai persiapan, kita bukan sahaja perlu mempersiapkan diri daripada segi zahir, bahkan batin kita juga perlu dipersiapkan dan dilatih agar amal ibadat kita tidak menjadi sia-sia kerana ketidakikhlasan kita dalam beribadat. Hal ini kerana, setiap amalan itu dinilai pada tahap keikhlasan seseorang sewaktu melakukannya, dan juga sejauh mana kita mengikuti petunjuk dan sunnah Baginda – sallallahu ‘alayhi wasallam – dalam menunaikan ketaatan tersebut. Sabda Baginda Nabi – sallallahu ‘alayhi wasallam - :
“Sungguh seorang hamba benar-benar melaksanakan shalat, tapi tidak dituliskan baginya dari (pahala kebaikan) solat tersebut kecuali sepersepuluhnya, sepersembilannya, seperlapannya, sepertujuhnya, seperenamnya, seperlimanya, seperempatnya, sepertiganya, atau seperduanya.” [Sahih: Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, dan Ibnu Hibban]
Begitu juga dalam hadith lain :
“Terkadang orang yang berpuasa tidak mendapatkan bagian dari puasanya kecuali lapar dan dahaga saja.” [Sahih: Hadith Riwayat Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Khuzaimah]
BAGAIMANA PUASA MEMBENTUK TAQWA
Antara hikmah pensyariatan puasa adalah untuk mencapai taqwa dan juga kesucian dan kebersihan hati. Sebagaimana firman Allah Ta’ala, yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” [Surah Al-Baqarah : 183]
Imam Ibnu Kathir – moga Allah merahmatinya – berkata didalam tafsirnya, “Dalam ayat ini Allah Ta’ala berfirman kepada orang-orang yang beriman dan memerintahkan mereka untuk (melaksanakan ibadah) puasa, yang bererti untuk menahan (diri) dari makan, minum dan hubungan suami-isteri dengan niat ikhlas kerana Allah Ta’ala (semata-mata), kerana puasa (merupakan sebab untuk mencapai) kebersihan dan kesucian jiwa, serta menghilangkan noda-noda buruk (yang mengotori hati) dan semua tingkah laku yang tercela.”
Syeikh Abd ar-Rahman As-Sa’di - moga Allah merahmatinya - pula didalam tafsirnya sempat menjelaskan serba sedikit unsur-unsur taqwa yang terdapat dalam ibadah puasa.
Pertama, seseorang yang berpuasa itu meninggalkan semua perkara yang diharamkan Allah (ketika sedang berpuasa), seperti makan, minum, berhubungan suami isteri dan sebagainya, dimana semua itu diinginkan oleh nafsu manusia , justeru untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengharapkan balasan pahala dari-Nya dengan meninggalkan semua itu. Maka, ini adalah termasuk bertaqwa (kepada-Nya).
Kedua, seseorang yang berpuasa itu juga melatih dirinya untuk (merasakan) muraqabatullah (selalu merasakan pengawasan Allah Ta’ala), maka dia meninggalkan apa yang diinginkan hawa nafsunya padahal dia mampu (melakukannya), kerana dia mengetahui Allah Ta’ala itu Maha mengawasi (segala perbuatan)nya.
Ketiga, sesungguhnya dengan berpuasa itu, ia akan mempersempit jalur-jalur (yang dilalui) syaitan (dalam diri manusia), kerana sesungguhnya syaitan itu beredar dalam tubuh manusia di tempat mengalirnya darah. Maka, dengan berpuasa akan lemah kekuatannya dan berkurang perbuatan maksiat dari orang tersebut.
Keempat, seseorang yang berpuasa umumnya banyak melakukan ketaatan (kepada Allah Ta’ala) dan sesungguhnya amal-amal ketaatan itu merupakan sebahagian dari taqwa.
Kelima, orang yang kaya jika merasakan bebannya (merasa) lapar (dengan berpuasa) maka itu akan menimbulkan dalam dirinya (perasaan) hiba dan selalu menolong orang-orang miskin dan tidak mampu. Maka, ini juga termasuk sebahagian daripada taqwa.
HUBUNGKAIT IBADAH PUASA DAN KESABARAN
Bagi kalian yang pernah merasai pengalaman berpuasa, pasti tidak dapat dinafikan bahawasanya untuk terus menjalani ibadah puasa, sifat sabar dalam diri itu perlu wujud. Jika tidak, sangat mudah bagi kita untuk membatalkan puasa, ataupun paling kurang menyebabkan pahala puasa kita kerana melakukan perkara-perkara seperti bergaduh, mengumpat dan memarahi orang lain.
Justeru, tanpa wujudnya sifat sabar itu mampu mengakibatkan pudarnya imam seseorang. Seperti kata Imam Ibnul Qayyim – semoga Allah merahmatinya – didalam kitab Al-Fawaid-nya : “Sesungguhnya (kedudukan sifat) sabar dalam keimanan (seorang hamba) adalah seperti kedudukan kepala (manusia) pada tubuhnya, seandainya kepala manusia itu hilang maka tidak ada kehidupan bagi tubuhnya.”
Dalam sebuah hadith yang panjang, yang disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah, Rasulullah – sallallahu ‘alayhi wasallam – menamakan bulan puasa itu sebagai bulan kesabaran, dan kesabaran itu ganjarannya adalah syurga.
Demikian juga diberitakan bahawa ganjaran pahala bagi orang-orang yang bersabar itu tidak terbatas, sebagaimana firman Allah, yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar akan disempurnakan (ganjaran) pahala mereka tanpa batas.” [Surah Az-Zumar: 10]
Imam Ibnu Rajab al-Hambali – semoga Allah merahmatinya - turut menjelaskan tentang eratnya hubungan puasa dengan sifat sabar. Katanya, “Sabar itu ada tiga bentuk: sabar dalam (melaksanakan) ketaatan kepada Allah, sabar dalam (meninggalkan) hal-hal yang diharamkan-Nya, dan sabar (dalam menghadapi) ketentuan-ketentuan-Nya yang tidak selari dengan keinginan (manusia). Ketiga-tiga bentuk sabar ini (seluruhnya) terkumpul dalam (ibadah) puasa, kerana (dengan) berpuasa, (kita harus) bersabar dalam (menjalankan) ketaatan kepada Allah, dan bersabar daripada semua keinginan syahwat yang diharamkan-Nya bagi orang yang berpuasa, serta bersabar dalam (menghadapi) beratnya (rasa) lapar, haus, dan lemahnya badan yang dialami orang yang berpuasa.” [Latha’if al-Ma’arif]
Jadi, ayuhlah kita semua mempersiapkan diri dan bersemangat untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini, serta bersungguh-sungguh untuk meraih keampunan dan ganjaran pahala yang dijanjikan, disamping mengerjakan amal ibadat yang selari dengan sunnah Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.
Ramadhan Kareem!!

3 IDEA:
Ramadhan Kareem!
Allahu Akram!!
** Jangan lupa ajak aku tadarus sekali. =)
Genial post and this mail helped me alot in my college assignement. Say thank you you for your information.
Post a Comment