Manusia itu makhluk Tuhan. Begitu juga masa. Makhluk seperti kita, kehidupannya pasti terkait dengan masa. Masa dia dilahirkan, masa dia mula mengenal dunia, masa dia mengenal agama dan masa dia sedar akan tempoh hidupnya yang akan tamat juga nanti.

Maksudnya: "Dan bagi setiap umat itu ada batas waktu hidupnya. Maka, apabila tibanya waktu (kematian) itu, tidaklah mampu untuk mereka melewatkannya walau sesaat, dan begitu juga untuk mempercepatkannya.
[Surah Al-A'raaf: 34]
Ramai orang bersorak keriangan bila tiba ulang tahun kelahirannya. Tahun berganti tahun. Hari silih berganti hari. Disangkanya umur itu sifatnya bertambah. Walhal, akal yang sihat pun tahu bahawa umur itu semakin hari semakin berkurang. Jika ditakdirkan kita akan mati pada bulan Februari 2011, jadi bukankah semakin dekat kita dengan hari tersebut, semakin pendek umur kita yang tersisa.
Maksudnya:
"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu, namun tak pula aku sanggup menerima seksa neraka-Mu,
Maka terimalah taubatku dan ampunilah dosaku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar;
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai, maka terimalah taubatku wahai Yang memiliki keagungan,
Dan umurku yang berkurang setiap hari, sementara dosaku yang sentiasa bertambah, apakah dayaku?
Tuhanku, hamba-Mu yang penuh maksiat ini datang kepada-Mu, mengakui akan dosa-dosaku dan telah momohon pada-Mu,
Seandainya Engkau mengampuninya, memang Engkau Pemilik Keampunan, tapi seandainya Engkau menolak taubatku, kepada siapa lagi aku memohon keampunan."
Kata orang, masa memang tak pernah menunggu kita. Ada kala, kita lebih cepat dari masa. Ada kala juga, masa pula yang jauh meninggal kita. Kebaikan itu jangan ditangguh. Keburukan pula janganlah ditanggung. Moga hayat kita yang berbaki ini, terus kita hadapi sambil selalu mengucap istighfar memohon ampun kepada-Nya. Jangan lupa untuk kita sama-sama merebut peluang untuk beramal. Dan kepada Allah segala perkara itu dikembalikan.
*** Baru mula nak mencetus kembali minat berblog. Rasanya tak perlu nak minta maaf kerana tak update blog. Macamlah ada orang nak baca blog ni. Hm. Bagi sesiapa yang mungkin terbaca blog ni, kirim-kirimkanlah doa. Minggu ni exam agak berderet, tapi masih jugak membuang masa. Moga Allah kurniakan keberkatan masa pada hidup kita.


3 IDEA:
jalan sehala! pweuwitt ;)
"la naaqasa maalun bissadaqah",setiap hari dengar kat masjid..hehe
Cis!
Aku memang biasa dengar ayat tu. Tapi malangnya jarang2 nak hulur sedinar dua. Perut mintak beli zinger. Heh~
keburukan jangan ditangguh.macam mana tu?jangan ditangguh untuk di nyah kan?aa.
Post a Comment