12 January 2012

Try & Error


Ramai orang seolah-olah memperjudikan urusan agama dan kepercayaannya. Mereka beranggapan bahawa cukuplah sekadar berpegang dengan kepercayaan mereka yang dahulu. Seolah-olah mereka merasakan bahawa agama ini seperti matematik, ada konsep 'try and error'. Kalau betul, boleh masuk syurga, kalau salah, baru masuk neraka. Wal-'iyaazhu biLlah!

Jika dalam urusan dunia sahaja kita sanggup menghabiskan masa untuk mengkaji untuk dapatkan pilihan yang terbaik, kenapa kita tidak mempunyai sikap yang sama dalam urusan agama dan kepercayaan?

Berusahalah untuk memperdalamkan keyakinan kita dalam beragama, dengan mencari ilmu tentangnya, biarpun kadangkala ia akan memaksa kita untuk mengorbankan masa dan wang ringgit.


Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata, "Wahai Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." 
Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu?" 
Ibrahim menjawab: "BAHKAN (AKU TELAH MEYAKININYA), NAMUN AGAR HATIKU LEBIH TENANG." 
Allah berfirman: "Lalu ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit itu satu bahagian daripadanya, kemudian panggillah mereka, nescaya mereka datang kepadamu dengan segera. Ketahuilah bahawa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqarah: 260)

2 IDEA:

Alfalanjay.com said...
This comment has been removed by the author.
Firdaus Alfalanjay said...

Assalamualaikum....
selamat belayar di blog terbaru ana...
http://alfalanjay.blogspot.com/